Anak Sulung Biasanya Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Justru Anak yang Paling Istimewa Di Hati Orangtuanya
Thursday, February 13, 2020
Add Comment
Anak sulung adalah manusia pertama yang ada dalam rahim ibu
menjadikan dia cukup istimewa berbanding anak-anak lain.
Betulkah kenyataan tersebut?
Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak pertama
atau sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak
berbincang.
Malahan anak sulung juga biasanya lebih cemerlang berbanding
adik-beradik yang lain. Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada
adik-beradik yang lain.
Tetapi adakalanya anak sulung agak sensitif dan meminta
perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain terutama ibu bapa serta
adik-beradik lain.
Walaupun mampu bertolak ansur, tetapi anak sulung sebenarnya
lebih degil dan ego dalam segala hal. Dengan kata lain mereka tak mahu
dipandang rendah dalam segala hal apatah lagi diperkecilkan kebolehannya.
Malahan anak sulung tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka
lakukan.
Bertolak ansur dan rasional
Walaupun tegas namun anak sulung masih mampu untuk bertolak
ansur dalam segala hal. Mungkin ini disebabkan mereka cuba bersikap rasional
dalam segala hal terutama sekali kepada adik-beradiknya.
Memang betul kadangkala anak sulung lebih tegas berbanding
anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih
terserlah. Mungin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka
kepad aibu ayah serta kesemua adik-beradik lain.
Mengawal orang lain
Hal ini selalu dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang
pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas
membolehkan dia mengawal situasi dan orang lain di sekeliling. Hal ini juga
mungkin disebabkan rasa hormat adik-beradik lain kepada anak sulung yang lebih
banyak pengalaman dan ilmunya.
Lebih bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak
dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya.
Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya
adik-beradiknya.
0 Response to "Anak Sulung Biasanya Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Justru Anak yang Paling Istimewa Di Hati Orangtuanya "
Post a Comment